novelpilihan

Wednesday, November 10, 2004

cinta monyet (bab 2)

Hari pertama di Tingkatan 5, keadaan hingar bingar. Cikgu Jamilah langsung tak nampak batang hidung. Mana perginya guru kelas 5 Kejora ni? Selalunya dia tak pernah lewat. Hmm.. Jamal telan air liur. Jamal memerhatikan rakan kelas sekelilingnya. Masing-masing sibuk dengan hal mereka sendiri. Ada yang siapkan tidur, ada yang study sendiri, dan yang lebih ramai dari itu berbual kosong membuang masa. Hai apalah nak jadi dengan bebudak ni,. Tak lama lagi nak SPM, boleh releks lagi tu. Geleng kepala.

Di suatu sudut, Jamal terpandang Sharifah dan Siti Fatimah yang sedang bertungkus lumus menjawab soalan latihan Matematik Tambahan. Rasa iri hati bersarang serta merta di hatinya melihat kerajinan gadis-gadis itu.
“Hai Sherry!. Hai Siti!. Boleh join sama” senyum kambing tak mandi dilemparkan kepada kedua-dua gadis manis itu.
“Oh Jamal, boleh.. takut kau je yang tak sudi join kitorang, siapalah kami ni”, Sharifah merendah diri.

“Eh, lain macam je bunyi nya.”, Jamal terasa dengan kata-kata sinis itu.
“Eh Jamal, mengenai meeting kita hari tu, macam mana? Jadi tak?”, Siti memintas.
“Jadi? Jadi ape ni? Aku tak faham la”, Jamal berkerut dahi.
“Ala pasal rancangan nak buat perkhemahan tu”,

“Ooooo… pasal tu. Jadi. Kertas kerja pun dah siap. Kalau tak ada aral melintang insyaAllah dalam bulan March nanti bertolak lah kita”,senyum.

Jamal terkenangkan keseronokan sewaktu mengikuti program perkhemahan anjuran pengakap tahun lepas. Di kepalanya ketika ini terfikirkan aktiviti-aktiviti lasak yang bakal diatur untuk perkhemahan pengawas kali ini. Tengoklah nanti, aku akan kenakan korang cukup-cukup. Jamal tersengih sendirian.

****************************


Roza Yoshara tunduk sepi. Kalau boleh dia cuba mengelak dari berjumpa dengan Jamalina. Ada saja perkara yang akan membangkitkan pertengkaran antara mereka berdua. Walaupun kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam badan pengawas, namun begitu mereka sering berbeza pendapat menyebabkan mereka jarang bertegur sapa. Pernah sekali tu Roza mengemukakan pendapatnya kerana tidak berapa setuju dengan pendapat Jamalina, tapi dia ditertawakan oleh Jamal dan Ahmad. Mentang-mentanglah Ina tu cantik, sikit-sikit Ina. Menyampah!.

Dah banyak kali dia menyuarakan rasa tak puas hatinya pada Jamal Mukhris. Dia tahu Jamal ada hati pada Ina, tapi baginya perasaan mana boleh dicampur dalam membuat keputusan.

“Hey Roza! Jauh menung nampak. Ingat pakwe ke? Amboi banyaknya makan, tak nak jemput aku sekali ke?”, tanpa disuruh Jamalina melabuhkan punggungnya dihadapan Roza.
“Kenapa tetiba je kau baik dengan aku hari ini, buang tebiat ke? Atau kau sakit…”
“Ala.. hal-hal lepas tu kita lupakanlah, aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau, OK!” tangan Roza di ramasnya tanda persahabatan.

Roza terkedu seketika melihat kelainan sikap rakan karibnya itu. Tapi di hati kecilnya masih tersimpan sedikit keraguan akan perubahan kawannya itu. Matanya dibiarkan bertentang lama dengan Ina dan jelas terdapat tanda-tanda keikhlasan tertanam didalam mata coklat itu.

“Ye la, aku pun sama. Tak elok kita berdua bermasam muka, nanti organisasi kita juga yang akan terjejas. Aku tengok Abang Jamal tu pun dah naik pening tengok gelagat kita berdua”,

“Hey!.. Bercakap pasal Abang Jamal kita tu, aku baru je jumpa dia tadi. Dia kata Program Perkhemahan kita kat Sungai Congkak tu jadi. Dia akan umumkan dalam mesyuarat yang akan datang. Ish, tentu seronok kan! Dah lama aku tak rasa camping dalam hutan ”, Ina membayangkan saat dirinya dibasahi air sungai yang jernih lagi bersih sambil menikmati kehijauan alam semulajadi yang pasti akan mendamaikan hati.

“Ye la. Aku pun rasa tak sabar nak pergi. Sejak aku jadi pengawas ni sekali pun tak pernah Badan Pengawas buat perkhemahan. Kalau ada pun angan-angan tahi ayam. Planning je yang lebih masa mesyuarat Agong, tapi habuk pun tarak”, Roza mengunyah nasi yang disuapkan ke mulutnya dengan perasaan geram.

“Macam tahun lepas. Kan Abang Hanafi ketua pengawas kita sebelum ni pun ada rancang nak buat perkhemahan, tapi tak jadi juga. Jangan tahun ni sama dengan tahun lepas sudah”,

“Aku tabik la dengan Abang Jamal kita tu. Macam-macam perubahan dia buat pada organisasi kita. Inilah, itulah, tapi yang aku suka tu bila dia bahagikan organisasi kita pada 4 kumpulan besar. Sekurang-kurangnya ada jugalah tugas kita yang jelas iaitu memimpin kumpulan kita ke arah perlaksanaan tugas dengan lebih teratur lagi. Ini tidak, nama aje Timbalan, tapi tugas timbalan dengan pengawas yang lain serupa juga”,

“Amboi, puji Abang Jamal tu lebih-lebih nampak, ada apa-apa ke ni. Ini mesti…”, Ina menduga.
“Aish, tak ada lah, aku bercakap apa yang benar, salah ke?”, Roza memintas percakapan rakan sejawatnya itu dari bercakap yang bukan-bukan.
“Ala, jangan tipu aku la Roza, berapa tahun dah kita kenal. Macam aku tak masak dengan perangai kau. Kau ni bukan senang puji orang. Entah-entah kau dah tersangkut tak?” Ina menduga sekali lagi.

“Ha, nak perangkap aku konon. Habis tu tunang aku tu mana nak letak cik Ina oi! Kau tu yang syok kat dia. Kena kan aku pulak.” Roza membalas usikan Ina. Ina terdiam seketika. Memang Dia ada menyimpan perasaan suka pada Jamal tapi.....

-sambung..

Friday, October 08, 2004

Cinta Monyet

“Selamat pagi!”
Hush! Terperanjat Jamal. Mengganggu khayalan je. Siapa pulak ni? Pontianak ke? Mampus!
“Eh Jamal! awalnya kau datang.”sapa gadis berbaju biru pudar itu.
“Oh kau Tikah, aku ingat kan pontianak mana tadi. Terkejut aku” belek jam di pergelangan tangan. “Baru pukul 7, awalnya kau sampai? Selalunya dekat-dekat bunyi loceng tu baru nampak batang hidung kau” membetulkan tali leher.
“Azam baru la Jamal. Apasal, tak boleh ke aku datang awal. Boleh la aku temankan kau kan!” Atikah merajuk manja.
“Boleh.. boleh.. datanglah macam ni tiap-tiap hari. Aku pun bosan sorang-sorang pepagi macam ni. Kekadang tu seram pun ada. Ada sekali tu aku dengar suatu suara ganjil kat tandas perempuan sebelah bilik kita ni” Jamal memperlahankan suara.
Atikah mengerling kiri dan kanannya. Berdetik perasaan takut bercampur seram di hatinya. Keadaan di luar yang masih lagi gelap menambahkan gerunnya. Dia menghampiri Jamal.

“Pernah sekali tu kan Tikah, aku masuk siasat, tapi tak ada apa-apa. Aku tanya dulu, ada sesiapa di dalam? Senyap je.” Jamal menaikkan bulu keningnya dan matanya yang sengaja dibuntangkan di toleh kekiri dan kekanan.
“Aku tanya lagi, ada sesiapa di dalam? Tetap tiada yang menyahut. Aku pun cuba tolak daun pintu dalam tandas tu satu demi satu.sampai la tak silap aku daun pintu yang ke 7, aku jumpa sesuatu. Lepas tu bila aku toleh belakang je, Warghhhhh…!”jerit Jamal menakutkan Atikah.

Atikah terus memeluk Jamal. Mukanya disorokkan ke dada jamal yang bidang tu dan tubuhnya menggeletar. Kedengaran ketawa berdekah-dekah memenuhi segenap ruang bilik pengawas itu. Atikah cube menekup telinganya dari mendengar suara seram itu.
“La.. itu pun nak takut. Macam mana boleh dapat belt kuning ni”,
Nasib baiklah kau ni dah ada yang punya, kalau tak dah lama aku kebas. Sebenarnyakan Tikah, dah lama aku admire dengan kau tapi siapalah aku ini untuk memintal buih.
“Dah.. dah.. koyak pulak baju aku ni karang” Jamal cuba melepaskan Atikah. Dibetulkannya baju dan tali leher yang hampir tercabut.
“Jahat la Jamal ni, sengaja je nak takutkan Tikah tau. Tak nak kawan la macam ni”, Atikah mula mencebik. Suaranya yg keanak-anakan menambahkan lagi rasa ‘suka’ dihati jamal.

“I’m sorry my dear, just joking”, Jamal menarik lengan Atikah dan cuba memujuk gadis itu dengan gurauan yang lain.
“Kalau macam ni la muka Tikah merajuk, beruk yang masuk pertandingan beruk cantik pun kalah tau. Ini baru sikit, nanti masa camping nanti lagi teruk ”, semerta tawa Atikah pecah. Lelaki di depannya betul-betul melucukan.
“Jadi ke kita punya camping tu?”,

Tuk.. tuk.. tuk.. Kedengaran pintu diketuk 3 kali sebelum salam menyusul.
“Saya dari Jabatan Agama Islam mendapati kamu berdua bersalah kerana berdua-duan didalam bilik ini. Sila serahkan IC masing-masing”
Berderau darah Jamal Mukhris dan Atikah mendengarkan suara garau itu. Habis.. mampus aku.. Ahmad Zabidi tercegat di depan pintu sambil bercekak pinggang. Matanya mengecil seakan mengajuk Jamal dan Atikah.

“Hahaha.. tahu takut! Baru gertak sikit”.
Riak diwajah mereka kembali bertukar apabila seakan mengenali empunya suara itu.
“Oooo..Jamal! Along! Apa kau berdua buat ni hah. Aku report pengetua” sergah Ahmad Zabidi.

Muka Nurul Atikah merah padam digertak Ahmad. Dia mencebir Ahmad seakan mencabar lelaki yang dianggap seperti adiknya itu untuk adu betul-betul pada pengetua.
“Kau jangan cabar Long, aku report betul-betul kat… ”, dengan pantas perut Ahmad terasa bagaikan dihiris sembilu bisa akibat cubitan dari Atikah.
“Aduh, sorry.. sorry.. Ni ha surat, pakwe kau bagi” surat yang bersampul bunga itu disambut riang oleh Atikah. “ Satu lagi, Ayang aku pesan, tunggu dia sebab dia balik lewat hari ini ada kelas tambahan”senyum.
“Tak malu! Kecik-kecik dah pandai ber’ayang-ayang’”, Atikah menyimpan surat yang diterimanya tadi ke dalam kocek baju. “Apa lagi si Liza tu pesan?”. Ahmad geleng kepala.

“Eh.. Aku nak pergi Pejabat sekejap, ada hal”, Jamal terus berlalu meninggalkan mereka.

-bersambung..

p/s : give me the comment. citer ni aku sendiri yg karang.. patut ke aku teruskan??

Monday, September 27, 2004

Novel Pilihan

Aku create blog baru utk mengumpulkan citer2 novel pilihan. so, korang boleh gunakan ruangan ini utk mengisi masa lapang. membaca sambil menambah ilmu pengetahuan. sesambil tu boleh kongsi pengalaman sekali. so, enjoy ur life!

-apitt-