novelpilihan

Wednesday, November 10, 2004

cinta monyet (bab 2)

Hari pertama di Tingkatan 5, keadaan hingar bingar. Cikgu Jamilah langsung tak nampak batang hidung. Mana perginya guru kelas 5 Kejora ni? Selalunya dia tak pernah lewat. Hmm.. Jamal telan air liur. Jamal memerhatikan rakan kelas sekelilingnya. Masing-masing sibuk dengan hal mereka sendiri. Ada yang siapkan tidur, ada yang study sendiri, dan yang lebih ramai dari itu berbual kosong membuang masa. Hai apalah nak jadi dengan bebudak ni,. Tak lama lagi nak SPM, boleh releks lagi tu. Geleng kepala.

Di suatu sudut, Jamal terpandang Sharifah dan Siti Fatimah yang sedang bertungkus lumus menjawab soalan latihan Matematik Tambahan. Rasa iri hati bersarang serta merta di hatinya melihat kerajinan gadis-gadis itu.
“Hai Sherry!. Hai Siti!. Boleh join sama” senyum kambing tak mandi dilemparkan kepada kedua-dua gadis manis itu.
“Oh Jamal, boleh.. takut kau je yang tak sudi join kitorang, siapalah kami ni”, Sharifah merendah diri.

“Eh, lain macam je bunyi nya.”, Jamal terasa dengan kata-kata sinis itu.
“Eh Jamal, mengenai meeting kita hari tu, macam mana? Jadi tak?”, Siti memintas.
“Jadi? Jadi ape ni? Aku tak faham la”, Jamal berkerut dahi.
“Ala pasal rancangan nak buat perkhemahan tu”,

“Ooooo… pasal tu. Jadi. Kertas kerja pun dah siap. Kalau tak ada aral melintang insyaAllah dalam bulan March nanti bertolak lah kita”,senyum.

Jamal terkenangkan keseronokan sewaktu mengikuti program perkhemahan anjuran pengakap tahun lepas. Di kepalanya ketika ini terfikirkan aktiviti-aktiviti lasak yang bakal diatur untuk perkhemahan pengawas kali ini. Tengoklah nanti, aku akan kenakan korang cukup-cukup. Jamal tersengih sendirian.

****************************


Roza Yoshara tunduk sepi. Kalau boleh dia cuba mengelak dari berjumpa dengan Jamalina. Ada saja perkara yang akan membangkitkan pertengkaran antara mereka berdua. Walaupun kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam badan pengawas, namun begitu mereka sering berbeza pendapat menyebabkan mereka jarang bertegur sapa. Pernah sekali tu Roza mengemukakan pendapatnya kerana tidak berapa setuju dengan pendapat Jamalina, tapi dia ditertawakan oleh Jamal dan Ahmad. Mentang-mentanglah Ina tu cantik, sikit-sikit Ina. Menyampah!.

Dah banyak kali dia menyuarakan rasa tak puas hatinya pada Jamal Mukhris. Dia tahu Jamal ada hati pada Ina, tapi baginya perasaan mana boleh dicampur dalam membuat keputusan.

“Hey Roza! Jauh menung nampak. Ingat pakwe ke? Amboi banyaknya makan, tak nak jemput aku sekali ke?”, tanpa disuruh Jamalina melabuhkan punggungnya dihadapan Roza.
“Kenapa tetiba je kau baik dengan aku hari ini, buang tebiat ke? Atau kau sakit…”
“Ala.. hal-hal lepas tu kita lupakanlah, aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau, OK!” tangan Roza di ramasnya tanda persahabatan.

Roza terkedu seketika melihat kelainan sikap rakan karibnya itu. Tapi di hati kecilnya masih tersimpan sedikit keraguan akan perubahan kawannya itu. Matanya dibiarkan bertentang lama dengan Ina dan jelas terdapat tanda-tanda keikhlasan tertanam didalam mata coklat itu.

“Ye la, aku pun sama. Tak elok kita berdua bermasam muka, nanti organisasi kita juga yang akan terjejas. Aku tengok Abang Jamal tu pun dah naik pening tengok gelagat kita berdua”,

“Hey!.. Bercakap pasal Abang Jamal kita tu, aku baru je jumpa dia tadi. Dia kata Program Perkhemahan kita kat Sungai Congkak tu jadi. Dia akan umumkan dalam mesyuarat yang akan datang. Ish, tentu seronok kan! Dah lama aku tak rasa camping dalam hutan ”, Ina membayangkan saat dirinya dibasahi air sungai yang jernih lagi bersih sambil menikmati kehijauan alam semulajadi yang pasti akan mendamaikan hati.

“Ye la. Aku pun rasa tak sabar nak pergi. Sejak aku jadi pengawas ni sekali pun tak pernah Badan Pengawas buat perkhemahan. Kalau ada pun angan-angan tahi ayam. Planning je yang lebih masa mesyuarat Agong, tapi habuk pun tarak”, Roza mengunyah nasi yang disuapkan ke mulutnya dengan perasaan geram.

“Macam tahun lepas. Kan Abang Hanafi ketua pengawas kita sebelum ni pun ada rancang nak buat perkhemahan, tapi tak jadi juga. Jangan tahun ni sama dengan tahun lepas sudah”,

“Aku tabik la dengan Abang Jamal kita tu. Macam-macam perubahan dia buat pada organisasi kita. Inilah, itulah, tapi yang aku suka tu bila dia bahagikan organisasi kita pada 4 kumpulan besar. Sekurang-kurangnya ada jugalah tugas kita yang jelas iaitu memimpin kumpulan kita ke arah perlaksanaan tugas dengan lebih teratur lagi. Ini tidak, nama aje Timbalan, tapi tugas timbalan dengan pengawas yang lain serupa juga”,

“Amboi, puji Abang Jamal tu lebih-lebih nampak, ada apa-apa ke ni. Ini mesti…”, Ina menduga.
“Aish, tak ada lah, aku bercakap apa yang benar, salah ke?”, Roza memintas percakapan rakan sejawatnya itu dari bercakap yang bukan-bukan.
“Ala, jangan tipu aku la Roza, berapa tahun dah kita kenal. Macam aku tak masak dengan perangai kau. Kau ni bukan senang puji orang. Entah-entah kau dah tersangkut tak?” Ina menduga sekali lagi.

“Ha, nak perangkap aku konon. Habis tu tunang aku tu mana nak letak cik Ina oi! Kau tu yang syok kat dia. Kena kan aku pulak.” Roza membalas usikan Ina. Ina terdiam seketika. Memang Dia ada menyimpan perasaan suka pada Jamal tapi.....

-sambung..